25 May 2011

:||tak selesa ketika preggy||:

since now aku kembali menjadi ibu mengandung, so bermulalah kerja-kerja aku untuk cari info pasal preggy.

info ni aku dapat dari majalah Wanita baru-baru ni aku beli untuk hilangkan boring time check up kat PPUM hari tu. berkaitan jenis-jenis ketidakselesaan ketika hamil. bila aku baca, memang betul pun apa yang ditulis dengan apa yang aku rasa.

so, here's some info for you : -

9 Jenis Ketidakselesaan Ketika Hamil

http://www.emocutez.comkeluar cecair putih dari vagina
-dinamakan LEUKORRHEA; cecair yang tak berbau atau berwarna keruh dan bau sedikit.
-sewaktu hamil cecair itu akan keluar dengan banyak mungkin disebabkan oleh peningkatan produksi estrogen dan aliran darah yang banyak pada kawasan vagina.

http://www.emocutez.comkembung dan berangin
-kerap sendawa dan kembung disebabkan ketika hamil paras progesteron ibu hamil meningkat dan memperlahankan pergerakan tisu otot dalam tubuh.
-keadaan ini membuatkan proses penghadaman jadi lambat hingga terjadinya angin, kebung, sendawa malah membuatkan perut berbunyi-bunyi walaupun selepas mengambil makanan berat.

http://www.emocutez.compendarahan pada gusi
-gusi bengkak dan mudah rasa sakit kadangkala berdarah bila memberus dan melakukan floss
-disebabkan oleh paras progesteron yang tinggi, di mana bakteria pada plak gigi bertindak balas dengan cepat terhadap gusi.

http://www.emocutez.comsembelit
-terjadi disebabkan hormon progesteron yang menyebabkan makanan lambat bergerak seterusnya membuatkannya lambat untuk mengalami proses penghadaman.
-akan jadi lebih sukar bila janin semakin membesar langsung memberi tekanan kepada bahagian rektum.

http://www.emocutez.compenghasilan air liur berlebihan
-sesetengah wanita merasakan penghasilan air liurnya ketika hamil lebih banyak terutama ketika mereka mengalami loya, hinggakan ada yang terpaksa meludah dengan kerap.

http://www.emocutez.combuasir
-sesetengah wanita mengalami buasir pada kehamilan pertama mereka.
-bagi sesetengah wanita yang pernah mengalaminya sewaktu sebelum hamil, berkemungkinan mereka akan mengalaminya semasa mengadung.

http://www.emocutez.comkulit gatal
-selalunya keadaan ini dialami sekitar perut dan payudara kerana kulit pada bahagian ini menegang.
-pada masa inilah, mereka yang mengalami masalah kulit kering, ekzema dan alahan makanan akan jadi lebih bermasalah.
-kegatalan yang melampau boleh menyebabkan masalah pada kehamilan.

http://www.emocutez.comhidung berdarah
-kehamilan boleh menyebabkan saluran darah pada hidung mengembang, secara tak langsung menyebabkan bekalan darah pada bahagian itu meningkat sekali gus beri tekanan kepada saluran yang mengembang itu tadi.
-keadaan ini membuatkan saluran itu lebih mudah terpecah.

http://www.emocutez.comjangkitan fungus
-setiap wanita biasanya mempunyai sejumlah fungus pada vagina, ia akan jadi masalah sekiranya fungus yang ada pada kawasan itu membiak dengan pantas sekali gus menggalakkan pertambahan mikroorganisma lain.
-semasa hamil, hormon estrogen yang tinggi memudahkan fungus bertambah dengan cepat.

for myself, dalam 9 tanda-tanda ini, ada 5 keadaan yang aku rasa sangat tak selesa time preggy nie. huhuhu nak tak nak kene kuatkan diri jugak. so, macam mana ibu-ibu preggy yang lain??



Photobucket

1 comment:

Anonymous said...

nama sy N...
memg bila sy ngandung je, air liur memg bnyk..x selesa..smpsikan naik kereta kena sediakan plastik bag..klu kt ofis, bakul sampah mst ada kt sebelah..utk ludah.adui memg x tahan...